bingkisan hati

bingkisan hati
seorang gadis yg berpewatakan gila2 ~~

Khamis, 15 Disember 2011

HIJRAH

Hijrah.demi kebaikan

Hijrah.pengembaraan yg terindah.

Hijrah.demi mencari damai

Hijrah.demi KAMU ya tuhanku.


banyak berlaku sepanjang bulan ke bulan dlm tahun 2011 ni-pembuka januari-aku sanggup kehilangan kerja kerna mengejar cinta kekasihku.berharap kami pasti bersama.dia kehilangan insan tersayang dan aku masih setia menanti.


Februari pun menyusul.aku mula gelisah.harapan masih samar.adakah dia masih berduka?dan aku masih dgn sikap memaksa.minta diberi perhatian yg kian lusuh.


Kini mac diikuti dengan april hingga ke julai aku dibiarkan begitu.tanpa simpati.tanpa perhatian.setiap panggilan dihiasi dgn jeritan dan kata-kata kasar.rimas.rimas.dan rimas.aku dungu.menelan semuanya dgn positif mengatakan dia sedang bersedih lagi dan aku masih lagi menanti.


Kerinduan yang kuat telah menebalkan muka aku untuk bertanya tentang hubungan yg ibarat telur dihujung tanduk.keraguan yang selama ini bersarang dihati harus dilontarkan.adakah kerana kesibukan punca alasan dia untuk sukar berjumpa?


"U fikirlah sendiri"..terkeluar ayat nabil.macam batu konkrit menghimpap dada ketika itu.aku terjelupuk dan hanya terkedu apabila talian terputus.selepas itu aku mengalami kemurungan yang sangat teruk.Allah ingin menduga adakah aku masih beriman kepadaNya.atau sudah menjadi sahabat musuhnya.Allah uji aku dengan kesakitan urat saraf sehingga aku xboleh berjalan berminggu-minggu lamanya.


kini.aku bangkit.aku xmahu fikir tentang dia lagi.aku mahu berjaya.kesakitan fizikal ini sangat memberi pengajaran.sakit jiwa telah membawa aku ke alam yang sangat mendamaikan.back to nature.maha suci Allah.Dia sangat sayangkan aku.


macam dah sama dengan cerita percintaan nabil dan irma pula.aku bahagia dan gembira dengan penghijraan ini.rezeki murah tanpa disangka-sangka.keluarga pun terharu.kawan-kawan yang baik tumbuh bagai cendawan.terima kasih Ya Allah


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan